kite selalu dengar orang cakap yang kite kena hormat orang yang lebih tua dari kite. Aku tak nafikan memang betul pun benda tu. Tapi adakah ini bermakna yang orang tua tak boleh hormat kat orang yang lebih muda. Pada aku, kalo setakat guna gelaran kakak, abang, makcik, pakcik etc blum tentu itu tandanya kite hormat pada orang.
Kalau orang tu muda dari kiter, adakah ini bermakna yang kita boleh cakap sesuka hati pada orang tu? Bolehkah kita suruh dia mintak maaf pada kita walaupun kita yang salah dan dia betul, semata-mata hanya kerana dia muda daripada kita? Adakah ini juga bermakna yang no matter what we do, we can get away just because we're older? Macam mana dengan perasaan hormat bukan sebab pangkat, tapi sebab kita ni Khalifah Allah di muka bumi?
Mungkin pada sesetengah orang diorang akan cakap benda yang sama. Pada aku, aku setuju juagak la dgn statement ni. Tapi aku jugak dibesarkan dengan ajaran tak kira siapa yang salah, tak kira tua atau muda, tak salah kalau kita minta maaf. even PARENTS aku kalo ada silap pun mintak maaf kat kami ANAK2NYA. Tak payah pergi jauh la, tengok situasi time hari raya cukup.
" Anak: Mak/Ayah. Saya mintak ampun dari ujung rambut sampai ujung kaki atas semua salah dan silap saya.
Mak/Ayah: Mak/Ayah maafkan kamu. Sama-sama la kita yer. Mak/Ayah pun mintak maaf yer."
Jangan kata korang tak pernah melalui situasi macam kat atas. Tu sebab aku berpendapat, tak kira siapa pun kita atau usia, perasaan hormat kena ada gak. Hormat pada parents, kawan2, jiran, sedara-mara etc.
Tapi tu cuma pendapat aku. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.
wassalam.